top of page
Search
Writer's pictureWealth Vantage Advisory

Adakah Majikan Memerlukan Program Kesihatan Kewangan Untuk Hadapi Gelombang Covid-19 ?

Oleh Juliyana Mohd Yatim, Wealth Vantage Advisory Business Development Manager.

Sila hubungi 018-2487717 atau emel juliyana@wealthvantage.com.my untuk pendaftaran Program Kesihatan Kewangan


Tiada sesiapa menyangka kedatangan badai gelombong Covid-19, apalagi bila gelombong kedua datang menyerang dengan lebih tragis menyebabkan seluruh dunia havoc, kecoh dan panik. Lebih memeritkan lagi sebelum kedatangan wabak Covid-19 sebilangan besar pekerja yang sudah pun berada dalam situasi kesulitan kewangan. Dan lebih parah lagi, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau RMO (Restricted Movement Control) dikuatkuasakan, perbelanjaan meningkatkan demi mendapatkan rawatan doktor, atau terpaksa tidak bekerja atau diarahkan ‘self quarantine’ di rumah dan bermacam lagi kesukaran yang dihadapi, kesemua ini akan menjejaskan keadaan fizikal mental malah akan menjejaskan kedudukan kewangan seseorang.

Dari satu kajian mendapati 54% pekerja mengatakan mereka tidak bersedia dari segi kewangan jika diperintahkan kuarantin atau jika tempat mereka bekerja ditutup menyebabkan mereka tidak dapat bekerja. Ini belum lagi menyentuh isu golongan yang sudah mendekati usia persaraan dan terpaksa mengeluarkan simpanan persaraan jika keadaan semakin meruncing.

Dari data statistik didapati, tahap kewangan kebanyakan rakyat Malaysia amat rapuh. Ramai yang jika hanya bergantung pada gaji bulanan tidak akan dapat mampu menampung barang-barang keperluan asas tanpa perlu mengusik wang simpanan. Ini disebabkan kesukaran mereka untuk menyimpan dalam menghadapi waktu kecemasan. (Kajiselidik AKPK juga menunjukkan, 53% yang berpendapatan rendah kurang RM2000 tidak mampu menanggung belanja kecemasan walaupun hanya RM1000).


Penasihat Kewangan sering menekankan orang ramai agar membuat ‘Simpanan Kecemasan’ sekurang-kurangnya 6 bulan gaji disimpan untuk tujuan ini. Namun, nasihat ini tidak akan dapat dicapai jika tidak bekerja atau sebahagian besar pendapatan dibelanjakan untuk pembayaran bil dan perbelanjaan harian merujuk data statistik Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023

Namun, nasihat ini akan berguna jika diberikan pendedahan awal kepada pekerja sebelum keadaan ‘kecemasan’ itu timbul atau setelah keadaan ekonomi seluruhnya semakin membaik? Tetapi bagaimana ‘kesihatan kewangan’ atau kedudukan kewangan pekerja selepas itu pula?

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan automatik Moratorium (penangguhan bayaran pinjaman) selama 6 bulan ke atas pinjaman individu mahupun syarikat. Dan bermacam kelonggaran diberikan untuk dimanfaatkan sebaiknya dengan melihat semula impak ke atas kad kredit, pinjaman rumah, pinjaman pendidikan dan sebagainya.

Dengan kesemua pilihan perlepasan dan kemudahan yang telah diumumkan. Apakah pilihan terbaik yang perlu diambil oleh pekerja berdasarkan objektif kewangan peribadi masing-masing dan juga tahap risiko yang sanggup dihadapi oleh mereka? Adakah pekerja dapat memahami keadaan ‘kesihatan kewangan’ mereka dan menilai strategi kewangan yang bersesuaian dengan keadaan mereka pada waktu ini?

Tidak dinafikan semakin banyak Majikan prihatin melihat betapa pentingnya kesihatan mental dan fizikal pekerja. Satu kajian oleh MassMutual Kajiselidik Perkembangan Kesihatan Kewangan menunjukkan 42% pekerja di saat ini telah diberikan Financial Wellness Programs (Program Kesihatan Kewangan). Manakala 19% Majikan dalam proses melaksanakannya dan 19% tersebut merancangkan untuk memperkenalkan program tersebut dalam jangka masa 3 tahun akan datang.

Dalam kajian tersebut juga mendapati motivasi utama adalah menawarkan Program Kesihatan Kewangan, dimana 90% Majikan menyatakan mereka “amat prihatin terhadap para pekerja” menurut kajian itu. Dan 8 dari 10 Majikan juga akui dengan memberi sokongan kepada pekerja yang hanya melibatkan kos minimal, disamping menawarkan sesuatu yang hebat kepada pekerja sekaligus meraih kelebihan untuk dijadikan Majikan pilihan juga faktor penyumbang untuk perlaksanaan program, menurut sumber kajian tersebut.

Walau pada ketika ini, kita semua masih mengharungi badai gelombang Covid-19. Adakah setelah wabak ini pulih dan melepasi tempohnya, ia akan dikenang dengan nama gejala yang PALING mengerikan di abad ini kerana menjatuhkan dunia? Selepas gejala ini berakhir, Majikan pula akan mendapati hampir keseluruhan para pekerjanya terjerat dengan kekangan kewangan yang lebih membimbangkan dengan tahap tekanan stres pekerja di tahap lebih teruk?

Adakah dunia akan diserang dengan virus lebih canggih yang mengancam dunia di masa hadapan? Jika virus Corona boleh terjadi mutasi berkemungkinan dalam tempoh 3 tahun lagi dunia akan dikejutkan dengan penemuan virus yang lebih berbahaya? Dan apa yang kita perlu persiapkan?

Dengan demikian, tiba masanya untuk para Majikan mempertimbangkan apakah langkah yang telah diambil setakat ini dalam melaksanakan program ‘Kesihatan Kewangan’ sebagai langkah berjaga-jaga - jika sudah sedia ada, adakah ianya mencukupi untuk para pekerja?

Tanpa mengira pendapatan, langkah persediaan ini amat penting sekali dan diperlukan untuk semua pekerja kerana ‘Literasi Kewangan’ adalah untuk semua peringkat memperhatikan mereka samada berpendapatan besar atau kecil.


Uniknya program ‘Kesihatan Kewangan’ kami dalam keberkesanan memberikan pendekatan lebih holistik merangkumi:


  • Kaedah mudah untuk mengurus kewangan

  • Matlamat kewangan yang jelas

  • Isi kandungan yang menarik

  • Sesi program dalam skala bersesuaian

  • Cadangan produk berdasarkan “kepentingan pelanggan”

  • Budgeting Tool’ di sesi Nadi Kewangan yang efektif berkesan

  • ‘Financial Tools’ dari hub kewangan mypf.my untuk panduan kewangan

  • Akses penuh untuk khidmat Penasihat Kewangan bertauliah


Jika masih belum lagi menawarkan program ‘Kesihatan Kewangan’ kepada pekerja, adalah langkah yang bijak membuat peruntukan untuk program ini ke dalam Perancangan Latihan dan Pembangunan pekerja. Para peserta akan diberikan pendedahan yang dapat merangkumi Pengurusan Tunai, Pengurusan Hutang, Perancangan Pelaburan dan Perancangan Persaraan termasuk Insuran/Takaful dan Wasiat menyangkut keperluan Perancangan Kewangan.


Berdasarkan kajian AKPK secara online AKPK Online Polling Survey mendapati 80% pekerja dilaporkan akui tekanan kewangan dalam hutang akan menjejaskan prestasi kerja mereka. Dengan melaburkan ke atas program Kesihatan Kewangan untuk para pekerja akan memberi manfaat dan kebaikan kepada pihak Majikan dalam jangka panjang.


 Tawaran istimewa – 50 Syarikat terawal yang mendaftar untuk perlaksanaan Program Kesihatan Kewangan akan diberikan sesi khas “Nadi Kewangan” (one-to-one) secara percuma bersama Penasihat Kewangan Professional dan bertauliah.
 


WEALTH VANTAGE ADVISORY merupakan Syarikat Penasihat Kewangan Yang Berlesen dari Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan FiMM menyediakan khidmat nasihat kewangan holistik yang menyeluruh meliputi Pengurusan Tunai, Pengurusan Hutang, Perancangan Pelaburan, Perancangan Persaraan termasuk Wasiat dan Perlindungan. Disamping menjalankan Latihan Korporat untuk Syarikat, Institusi dan Organisasi.

50 views0 comments

Comments


bottom of page